Khamis, 29 Jun 2017 | 6:36pm

Peralatan radar tentera sudah sampai Belanda: Kastam

DATUK T Subromaniam.- Foto Mohd Azren Jamaludin
DATUK T Subromaniam.- Foto Mohd Azren Jamaludin

KUALA LUMPUR: Kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi yang dilaporkan hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Johor Bahru, sebenarnya sudah sampai ke destinasi penghantaran di Belanda.

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam, menafikan laporan media berhubung kehilangan kontena berkenaan ketika berada dalam simpanan JKDM.

"JKDM menafikan kenyataan itu kerana kontena yang dilaporkan hilang itu sebenarnya sudah sampai ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.

"Bagaimanapun pada masa ini siasatan sedang dijalankan oleh JKDM lebih menjurus kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) secara dalaman," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata SOP itu adalah membabitkan proses melepaskan barang dagangan yang memerlukan permit mengikut Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan radar tentera berteknologi dari Australia ke Belanda yang dalam transit di PTP, hilang.

Berita Harian X