Isnin, 10 Julai 2017 | 10:12pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pengunjung pada Majlis Semarak Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) 2017 di Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) di Serdang. - Foto Syarafiq Abd Samad

PM meriahkan majlis Aidilfitri PTD

SERDANG: Datuk Seri Najib Razak hadir memeriahkan majlis Semarak Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, malam ini.

Kehadiran Perdana Menteri ke majlis dihadiri kira-kira 2,000 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) serta keluarga itu diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Pemangku Presiden PPTD merangkap Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Majlis diserikan dengan persembahan daripada artis kebudayaan Briged Seni Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka serta dua penyanyi rock otai, Datuk Hattan dan Datuk Nash.

Lemang, laksa Johor, nasi beriani, nasi bukhara, kambing golek dan cendol songkok tinggi menjadi hidangan istimewa majlis berkenaan.

Sementara itu, Lokman dalam ucapannya berkata, kehadiran ke majlis sambutan Aidilfitri dua tahun berturut-turut membuktikan Perdana Menteri menghargai dan menyayangi khidmat warga PTD.

"Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, kita melihat banyak pencapaian yang boleh dibanggakan rakyat negara ini. Manfaat daripada legasi dan usaha Perdana Menteri akan terus membawa kecemerlangan kepada negara.

"PTD akan terus bersama Perdana Menteri dan barisan kepemimpinan negara bagai isi dan kuku, aur dengan tebing, bagai gurindam dan irama," katanya.

Berita Harian X