Isnin, 17 Julai 2017 | 4:13pm
PRESIDEN Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda. - Muhd Zaaba Zakeria

Bayar pencen, ganjaran pada usia 55 tahun

KUCHING: Pencen dan ganjaran penuh perlu dibayar kepada kakitangan awam yang memilih untuk bersara pada usia 55 tahun dan bukan menunggu sehingga mereka berusia 60 tahun.

Itu adalah antara perkara yang akan dibangkitkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Kementerian Kewangan, Jumaat ini, dalam usaha mengurangkan kos sara hidup kakitangan awam.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata langkah itu dapat membantu meringankan bebas kakitangan awam yang berdepan tekanan kos sara hidup tinggi.

"Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disasar menjangkau RM70 bilion memberi kelebihan buat kerajaan melaksanakan langkah ini," katanya.

Azih berkat, pihaknya juga mengesyorkan supaya lebih pengecualian cukai diberikan kepada kakitangan awam yang menjaga orang tua dan mempunyai anak bersekolah.

"Selain itu, permintan pemberian bonus akhir tahun ini juga antara inti pati yang akan diketengahkan." katanya selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Sarawak, di sini.

6239 dibaca
Berita Harian X