Isnin, 17 Julai 2017 | 5:29pm

Rabies: Mangsa keempat meninggal


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian, menjadi korban keempat wabak anjing gila . - Foto Ekhwan Haque Fazlul Haque

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Kampung Ampungan, Serian, menjadi korban keempat wabak anjing gila di negeri ini.

Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata kanak-kanak berkenaan meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagaimanapun, nama mangsa tidak didedahkan bagi menghormati privasi keluarganya.

Mengikut sekretariat itu, dari 1 April lalu hingga hari ini, ada 368 kes gigitan anjing dilaporkan.

Pihak sekretariat turut meminta pemilik haiwan peliharaan mendapatkan suntikan vaksin dan sebagai langkah berjaga-jaga tidak bermain dengan haiwan mereka buat sementara walaupun yang sudah divaksin.

Berita Harian X