Jumaat, 21 Julai 2017 | 11:09am

TPM hadir Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Ketereh (YKK). - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi, tiba di Kompleks Yayasan Kemiskinan Ketereh (YKK) bagi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh disambut dan diiringi 1,000 anak muda dengan berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi sambil membawa bendera UMNO.

Petang ini, Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Dataran Rehal, Kota Bharu.

Berita Harian X