Jumaat, 21 Julai 2017 | 8:30pm
DATUK Seri Rohani Abdul Karim (kanan) bersama Khairy Jamaludin (dua dari kanan) ketika program dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) Kanak-Kanak di Hotel Crystal Oriental.- Foto Khairull Azry Bidin
DATUK Seri Rohani Abdul Karim (kanan) bersama Khairy Jamaludin (dua dari kanan) ketika program dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) Kanak-Kanak di Hotel Crystal Oriental.- Foto Khairull Azry Bidin

TN50: Pendidikan holistik bangunkan bakat

KAJANG: Sistem pendidikan holistik yang berupaya membangunkan bakat individu adalah antara aspirasi disuarakan golongan kanak-kanak pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata generasi masa depan tidak mahu individu dibezakan berdasarkan kepandaian, sebaliknya bakat mereka digilap untuk lebih menyerlah dalam bidang diceburi.

"Mereka mahukan sistem pendidikan yang maju tetapi mengikut acuan negara ini. Secara peribadi, saya menyifatkan sesi bersama kanak-kanak dalam TN50 kali ini amat cemerlang kerana walaupun muda, aspirasi dilontarkan sangat mengagumkan," katanya pada Program TN50 khusus untuk kanak-kanak di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sesi berkenaan disertai lebih 500 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah, antaranya Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia, anggota Mini Parlimen dan pelajar sekolah sekitar Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara lain dibangkitkan ialah mengenai menangani isu keselamatan kanak-kanak, termasuk membabitkan kesihatan mental dan pemerdagangan manusia.

Bertemakan 'TN50 Membina Kanak-kanak Generasi Gemilang', sesi dialog itu antara lain bertujuan memberi peluang kepada golongan kanak-kanak sebagai antara kumpulan sasar Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menyuarakan harapan dan aspirasi menjelang TN50.

Sementara itu, Rohani berkata, sekretariat akan mengumpulkan pandangan kanak-kanak yang ditulis dan juga luahan hati yang disampaikan dalam bentuk lukisan

INFO

TN50 (kanak-kanak) :

* Pengurusan penggunaan gajet dengan pintar.

* Tiada lagi gelandangan.

* Pertingkatkan kemudahan psikologi dalam kalangan masyarakat.

* Sifar buli.

* Pelajar tidak digred ikut kepandaian.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X