Sabtu, 22 Julai 2017 | 3:16pm
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diiringi Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin (dua dari kanan) memukul gong merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Bandar Putra, Kulai. NSTP/ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN

Program 1 tentera 1 rumah

KULAI: Kementerian Pertahanan menetapkan sasaran satu anggota satu rumah dalam usaha memastikan semua anggota tentera memiliki rumah sendiri.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berucap dihadapan perwakilan sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Bandar Putra, Kulai. NSTP/ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata program yang diadakan menerusi Rumah Mampu Milik itu akan diumumkan bulan depan.

Beliau mengakui ramai anggota dan veteran tentera belum memiliki rumah.

"Memang agenda perumahan menjadi agenda utama Mindef (Kementerian Pertahanan). Kita ada lima teras dengan satu teras berhubung kait dengan kebajikan anggota dan veteran.

"Aset canggih tidak bermakna jika anggota, keluarga dan veteran hidup dalam keadaan tidak selesa.

"Kebajikan agenda perumahan adalah sesuatu yang perlu ditangani," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai, di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai kira-kira 300,000 penjawat awam yang dilaporkan masih tidak mempunyai rumah sendiri.

Hishammuddin berkata, selain itu pada 31 Julai ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengumumkan berita gembira berkaitan kebajikan veteran tentera.

"Hujung bulan ini Perdana Menteri akan umum (kebajikan) berkaitan veteran seperti pencen, perubatan, skim perkhidmatan yang mungkin perlu dilihat semula, veteran tidak berpencen.

"Ini semua buat permulaan, kita tak dapat penuhi semua," katanya.

Berita Harian X