Khamis, 27 Julai 2017 | 11:11am
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA

Galak tawar pekerjaan kepada mangsa pemerdangan orang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata kerajaan menggalakkan syarikat tempatan menawarkan peluang pekerjaan kepada mangsa pemerdagangan orang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika ini terdapat beberapa syarikat dari Amerika Syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada golongan itu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, langkah itu adalah antara inisiatif proaktif bagi memberi perlindungan kepada mangsa pemerdangangan orang.

"Setakat ini, kita bekerjasama dengan dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya TENAGANITA.

"Kerajaan memberi peruntukan kepada mereka, di samping menggalakkan NGO lain untuk turut bersama-sama bagi memberi perlindungan kepada mereka.

"Kita letakkan beberapa kemudahan termasuk memberi pekerjaan kepada mereka (mangsa pemerdagangan orang). Beberapa syarikat Amerika Syarikat tawar pekerjaan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada sidang Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang bertanya apakah faktor yang membantu peningkatan kedudukan Malaysia dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang Tahun 2017 (US TIP Report) dan tindakan Malaysia dalam mengekalkan momentum pencapaian laporan itu.

Berita Harian X