Isnin, 7 Ogos 2017 | 4:25pm
DATUK Seri Dr S. Subramaniam (kanan) melihat ambulans berspesifikasi baharu pada Majlis Pelancaran Ambulans Berspesifikasi Baharu KKM dan Penyerahan Ambulans Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur di Hospital Shah Alam, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kiri).- Foto BERNAMA

AMBULANS Berspesifikasi Baru KKM yang dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada satu majlis di Hospital Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
AMBULANS Berspesifikasi Baru KKM yang dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada satu majlis di Hospital Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA

KKM tambah 500 ambulans baharu

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan membeli 500 ambulans baharu sebagai tambahan kepada 2,000 yang ada sekarang ini di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri S Subramaniam, berkata bilangan ambulans itu mampu menampung keperluan kes hingga 90 peratus, sekali gus meningkatkan sistem pengurusan kecemasan kepada pesakit.

"Tidak timbul isu kekurangan (ambulans). Ia (ambulans) mencukupi. Ada ambulans yang sudah uzur kerana diguna berpuluh tahun, tetapi dalam proses diganti baharu.

"Kita yakin penambahan ambulans ini akan meningkatkan kecekapan, terutama di lokasi kadar penggunaan ambulans adalah tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran dan Penyerahan Ambulans kepada Jabatan Kesihatan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini, hari ini.

Subramaniam berkata, semua 500 ambulans baharu itu sudah dihantar ke seluruh negara bermula awal bulan ini sehingga September tahun depan.

"Ambulans spesifikasi baharu ini dilengkapi ciri moden antaranya 'vital monitor' yang membolehkan petugas ambulans berkomunikasi terus dengan doktor pakar di hospital.

"Selain itu, ujian darah serta ujian elektrokardiogram juga boleh dilakukan dalam ambulans untuk mengesahkan diagnosis adanya berlaku sumbatan pada salur darah arteri jantung," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada Kementerian Kesihatan bercadang menubuhkan unit ambulans udara sendiri, Subramaniam berkata, perkara itu tiada dalam perancangan kerana ia membabitkan kos operasi yang tinggi.

"Buat masa ini kita gunakan helikopter ambulans dari agensi kerajaan lain atau pihak luar jika keadaan memerlukan kita berbuat demikian," katanya.

INFO

* RM400 juta kos pembelian ambulans dan pemasangan kelengkapan

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X