X
Khamis, 10 Ogos 2017 | 2:17pm
AHLI Lembaga Pengarah FAMA Datuk Abd Shukur Idrus merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang (dua dari kanan) merasmikan Selangor Month bersama Pengarah Kanan (Pasaran Antarabangsa) FAMA, Datuk Nazipah Jamaludin (kanan sekali); Pengarah FAMA Selangor, Datuk Abdul Ghariff Ramin (tiga dari kiri); Pengarah FAMA Johor, Zainal Abidin Yang Razalli (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Agrobazaar Malaysia di Singapura, Noor Hisham Mohamad Sainan (kiri sekali) di pusat beli-belah Big Box, Jurong East, Singapura. - Foto Mohd fahmi Mohd Yusof

PENGURUS Besar Agrobazaar Malaysia di Singapura, Noor Hisham Mohamad Sainan, menunjukkan produk usahawan yang mendapat sambutan menggalakkan di Agrobazaar Malaysia di pusat beli-belah Big Box, Jurong East, Singapura. - Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof

Agrobazaar sasar jualan lebih RM900,000 di Singapura

SINGAPURA: Agrobazaar Malaysia di Singapura (Agrobazaar) menyasarkan peningkatan nilai jualan sehingga lebih RM900,000 tahun ini, berbanding RM534,000 sepanjang tahun lalu.

Pengurus Besar Agrobazaar Malaysia di Singapura, Noor Hisham Mohamad Sainan, berkata pada tahun ini sehingga Julai, nilai jualan dicatatkan sebanyak RM377,000 dan pihaknya yakin mencapai sasaran itu.

Katanya, ia berikutan kekuatan dan keunikan Pusat Halal Malaysia di Agrobazaar yang menawarkan semua produk halal yang mendapat permintaan tinggi, termasuk daripada penduduk bukan Islam di republik itu.

"Agrobazaar di Big Box yang terletak di kawasan Jurong East di sini, mempunyai kepadatan penduduk Melayu yang tinggi dan rakyat bukan Islam di negara ini sudah mempunyai kesedaran dan melihat pentingnya produk halal.

"Sehingga kini, sebanyak 690 produk unit penyimpanan stok (SKU) asas tani dijual di Agrobazaar Malaysia di sini, membabitkan seramai 290 usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Halal Malaysia Agrobazaar Malaysia di pusat beli-belah Big Box dekat sini, sebentar tadi.

Turut diadakan majlis perasmian Selangor Month yang disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Abd Shukur Idrus, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan (Pasaran Antarabangsa) FAMA, Datuk Nazipah Jamaludin; Pengarah FAMA Selangor, Datuk Abdul Ghariff Ramin dan Pengarah FAMA Johor, Zainal Abidin Yang Razalli.

Noor Hisham berkata, Agrobazaar Malaysia di Singapura mampu menempatkan lebih 1,000 SKU dan menggalakkan lebih ramai usahawan untuk menceburi serta menembusi pasaran Singapura.

Berita Harian X