Ahad, 20 Ogos 2017 | 5:32pm
AHMAD Zahid melaungkan 'Hidup UMNO' pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan. - Foto Abdullah Yusof
AHMAD Zahid melaungkan 'Hidup UMNO' pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Bandaran Teluk Intan. - Foto Abdullah Yusof
AHMAD Zahid (depan empat dari kanan) hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. - Foto Abdullah Yusof
AHMAD Zahid (depan empat dari kanan) hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. - Foto Abdullah Yusof
AHMAD Zahid hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. - Foto L Manimaran
AHMAD Zahid hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. - Foto L Manimaran

Kerajaan sedia tubuh RCI Memali - TPM

TAIPING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985.

Timbalan Perdana Menteri berkata, RCI itu akan ditubuhkan jika ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk daripada parti pembangkang bagi mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka.

"Walaupun (permintaan) dari parti berbeza, undang-undang tetap ditegakkan. Orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Husin Syed Abu Fasal.

Peristiwa pertempuran antara penyokong PAS dengan pihak keselamatan di Kampung Memali, Kedah, itu mengakibatkan 18 orang terbunuh termasuk empat anggota polis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau ada membaca buku 'Frankly Speaking' tulisan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, mengenai peristiwa Memali.

Katanya, Musa menyatakan bahawa beliau diberi maklumat yang salah mengenai keadaan di tempat kejadian sebelum arahan dikeluarkan supaya pasukan keselamatan bertindak.

Berita Harian X