Selasa, 29 Ogos 2017 | 11:48am
TREN MMMSL mula beroperasi pagi ini. - Foto ihsan Prasarana

Tren MMMSL mula beroperasi

ARAFAH: Tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro - Southern Line (MMMSL) memulakan operasinya jam 9 pagi tadi (waktu tempatan) menjelang Hari Wukuf, Khamis ini.

Prasarana Malaysia selaku pengendali perkhidmatan itu menyediakan 16 tren bersama 12 gerabak penumpang setiap satu bagi musim haji kali ini.

Seramai 350,000 jemaah haji dari negara teluk (GCC) dan Asia Selatan dijangka menggunakan perkhidmatan itu bermula hari ini hingga 4 September ini.

Berita Harian X