Rabu, 30 Ogos 2017 | 11:01pm
DAHARI menunjukkan sijil penyertaan 2015 bagi negeri Kedah dalam pertandingan keceriaan bulan kemerdekaan di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
DAHARI menunjukkan sijil penyertaan 2015 bagi negeri Kedah dalam pertandingan keceriaan bulan kemerdekaan di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
PANDANGAN jauh rumah Dahari dengan lanskap dan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
PANDANGAN jauh rumah Dahari dengan lanskap dan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
DAHARI sanggup mengeluarkan wang pencen untuk membeli Jalur Gemilang bagi menghias rumahnya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
DAHARI sanggup mengeluarkan wang pencen untuk membeli Jalur Gemilang bagi menghias rumahnya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

Guna wang pencen untuk Jalur Gemilang

Pokok Sena: Semangat keperwiraan yang tidak pernah luntur dan sayangnya kepada negara serta rakan-rakan seperjuangan yang terkorban demi ibu pertiwi, seorang pesara tentera mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan keprihatinannya.

Walaupun sudah 30 tahun bersara daripada perkhidmatan, Dahari Hashim, 70, tidak pernah patah semangat memasang Jalur Gemilang bagi menghargai kemerdekaan negara biarpun kudratnya semakin terhad.

Malah katanya, beliau turut mencipta pelbagai bentuk replika di depan rumah bagi menunjukkan sayangnya kepada negara dan memperingati perjuangan rakan-rakannya yang terkorban.

"Selepas tamat perkhidmatan pada 1987, saya terus membina sebuah rumah yang dinamakan Teratak Jaswira, bermaksud teratak jasa wira negara yang terkorban untuk negara.

"Saya juga memperuntukkan RM500 bagi membeli bendera dan membina replika dua meriam dan kereta kebal di halaman rumah," katanya kepada BH.

DAHARI Hashim, 70, menghias rumahnya dengan membuat lanskap dengan mengibarkan bendera jalur gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 yang bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

DAHARI menghias rumahnya dengan membuat lanskap dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
DAHARI menghias rumahnya dengan membuat lanskap dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

Dahari berkata, apa yang dilakukan hanyalah sedikit pengorbanan wang ringgit serta tenaga berbanding pengorbanan perajurit terdahulu mempertahankan tanah ai.

"Saya kehilangan sembilan rakan dalam serangan hendap komunis di Gerik, Perak pada 1969, mereka terbunuh dalam serangan itu sedangkan saya masih dipinjamkan nyawa oleh Allah sehingga hari ini.

"Lanskap dan bendera yang dihias di halaman rumah ini juga sebagai tanda ingatan saya kepada mereka, sehari sebelum hari kejadian saya dipanggil pulang ke rumah kerana perlu menjaga anak-anak kerana arwah isteri saya perlu menyertai pertandingan tilawah Al-Quran mewakili Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera (BAKAT)," kata bapa kepada empat orang anak ini.

Katanya, rumahnya beberapa kali dicalonkan dalam pertandingan sempena Bulan Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan, sehinggalah menjadi Johan kategori individu (kediaman) bagi Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2015 peringkat negeri Kedah.

DAHARI Hashim, 70, menghias rumahnya dengan membuat lanskap dengan mengibarkan bendera jalur gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 yang bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
DAHARI Hashim, 70, menghias rumahnya dengan membuat lanskap dengan mengibarkan bendera jalur gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 yang bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' di Kampung Baru Batu 14 Jalan Naka. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

"Semua yang saya lakukan ini bagi menghayati sejarah yang pernah saya lalui semasa mempertahankan negara dari dijajah musuh. Cukuplah zaman nenek moyang kita dijajah dan mengambilnya sebagai pengajaran," katanya.

Dahari kini tinggal bersendirian selepas kematian isteri Milah Said, 65, akibat kanser usus Disember tahun lalu.

Biarpun tiada replika baharu dibina tahun ini, datuk kepada lapan cucu ini tetap memastikan Jalur Gemilang baharu akan dipasang di halaman rumahnya selain menyelenggara hiasan dan replika yang ada supaya nampak cantik dan kemas.

INFO

  • Belanja RM500 setiap tahun.
  • Kenang jasa rakan seperjuangan yang terkorban.
  • Johan kategori individu (kediaman), Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2015 peringkat Kedah.

DAHARI menghias rumahnya dengan lanskap kibaran Jalur Gemilang gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam
DAHARI menghias rumahnya dengan lanskap kibaran Jalur Gemilang gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60. - Foto NSTP/Sharul Hafiz Zam

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X