Rabu, 30 Ogos 2017 | 11:14pm
UBAH suai figura memerlukan kreativiti lukisan tangan kelihatan lebih hidup berbanding asal yang dilihat seperti permainan kanak-kanak. - Foto NSTP/Azhar Ramli
UBAH suai figura memerlukan kreativiti lukisan tangan kelihatan lebih hidup berbanding asal yang dilihat seperti permainan kanak-kanak. - Foto NSTP/Azhar Ramli
SHAMSAIMI perlu tekun mengubahsuai figura untuk kelihatan hidup berbanding asal. Foto NSTP/Azhar Ramli
SHAMSAIMI perlu tekun mengubahsuai figura untuk kelihatan hidup berbanding asal. Foto NSTP/Azhar Ramli
SEBAHAGIAN koleksi figura filem Star Wars yang sudah diubahsuai. - Foto NSTP/Azhar Ramli
SEBAHAGIAN koleksi figura filem Star Wars yang sudah diubahsuai. - Foto NSTP/Azhar Ramli

'Hidupkan' hobi untuk kepuasan diri

Changlun: Seorang pengumpul koleksi figura filem aksi terkenal, Star Wars memilih cara berbeza berbanding pengumpul yang lain dengan memberikan kesan khas pada setiap koleksi peribadinya.

Shamsaimi Ezil, 36, mengakui kesan khas seperti kesan tembakan, torehan serta calar memberi lebih kepuasan kerana koleksi itu kelihatan lebih 'hidup' berbanding asal yang dilihat seperti permainan kanak-kanak.

"Setiap pengubahsuaian yang saya lakukan bukan dibuat secara suka-suka atau mengikut logik akal sebaliknya melalui rujukan di buku Star Wars serta di dalam filemnya sendiri.

"Mungkin ramai beranggapan ia seolah-olah merosakkan koleksi sendiri kerana perlu buat lekukan, cat dan calar yang pastinya sukar untuk dikembalikan kepada bentuk yang asal tetapi bagi saya adalah kepuasan," katanya.

Beliau menggunakan peralatan khas seperti alat solekan permainan (seperti alat solek wanita) yang dibeli atas talian berharga antara RM40 hingga lebih RM100 (bergantung pada jenama) dan juga cat.

SHAMSAIMI tekun menggunakan kreativiti mengubahsuai figura filem Star Wars untuk kepuasan di rumahnya di Taman Resak, Changlun. - Foto NSTP/Azhar Ramli
SHAMSAIMI tekun menggunakan kreativiti mengubahsuai figura filem Star Wars untuk kepuasan di rumahnya di Taman Resak, Changlun. - Foto NSTP/Azhar Ramli

SHAMSAIMI mengubahsuai koleksi figura filem Star Wars untuk kepuasan. Foto NSTP/Azhar Ramli
SHAMSAIMI mengubahsuai koleksi figura filem Star Wars untuk kepuasan. Foto NSTP/Azhar Ramli

Jurufoto Universiti Utara Malaysia (UUM) ini berkata, daripada lebih 1,000 koleksi peribadinya hanya 10 peratus sahaja ketika ini diberikan kesan khas.

"Saya baru berjinak-jinak membuat kesan khas ini sekitar awal tahun lalu.. lebih 100 koleksi yang diubah suai.

"Masa untuk setiap kali membuat kesan khas ini bergantung pada jenis koleksi, ada yang mengambil masa beberapa jam sahaja tetapi jika bersaiz kecil dan strukturnya rumit masa yang diambil mungkin lama," katanya.

Selain koleksi peribadi, bapa kepada anak berusia dua hingga 12 tahun ini juga turut melakukan kesan khas terhadap koleksi rakan-rakannya.

"Bukan semua orang berkebolehan untuk melakukannya.. seperti saya juga mengambil masa yang lama untuk benar-benar mahir.. sebab itu apabila ada rakan yang meminta bantuan saya akan membantu mereka dengan mengajar mereka.

KOLEKSI figura Shamsaimi. - Foto NSTP/Azhar Ramli
KOLEKSI figura Shamsaimi. - Foto NSTP/Azhar Ramli

ANTARA koleksi Shamsani. - Foto NSTP/Azhar Ramli
ANTARA koleksi Shamsani. - Foto NSTP/Azhar Ramli

"Malah ada juga yang minta saya lakukan kesan khas dan mereka akan bayar.. lebih 30 koleksi rakan-rakan yang sudah menerima sentuhan saya," katanya.

Beliau yang berasal dari Jasin, Melaka mengakui melalui teknik kesan khas pada sesuatu permainan boleh memberi nilai tambah pada koleski berkenaan.

"Pastinya mereka yang membuat kesan khas dan menjualnya akan memperoleh keuntungan setimpal dengan kesukaran untuk membuatnya.

"Harga setiap barangan yang dijual itu bergantung pada penjual," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Resak, di sini.

 

Info

  • Mula mengumpul Star Wars pada penghujung 90-an dengan kos yang dibelanjakan melebihi RM60,000.
  • Nilai paling mahal, RM2,500 untuk kapal angkasa, Millennium Falcon.

ANTARA koleksi figura filem Star Wars yang sudah diubahsuai. Foto NSTP/Azhar Ramli
ANTARA koleksi figura filem Star Wars yang sudah diubahsuai. Foto NSTP/Azhar Ramli

Berita Harian X