Isnin, 4 September 2017 | 3:10pm
TUNKU Zain Al Abidin Tuanku Muhriz (kanan) menunjukkan gambar gambar lama sepanjang kemerdekaan kepada Wan Junaidi pada Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
TUNKU Zain Al Abidin Tuanku Muhriz (kanan) menunjukkan gambar lama sepanjang kemerdekaan kepada Wan Junaidi pada Pameran Jalan Merdeka di Carcosa dan Seri Negara. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PENGUNJUNG melihat pameran kisah-kisah penubuhan negeri-negeri Melayu Bersekutu ketika sambutan Pameran Jalan Merdeka di Carcosa Seri Negara hari ini. - Foto BERNAMA
PAMERAN ini diadakan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang bulan September ini. - Foto BERNAMA

Pameran Jalan Merdeka singkap sejarah tanah air

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengecapi kemerdekaan, masih ada segelintir rakyat negara ini kurang memahami sepenuhnya erti kemerdekaan dan sejarah perjuangan tokoh negara dalam berjuang menentang penjajah.

Atas kesedaran itu, Asian Heritage Museum (AHM) menganjurkan Pameran Jalan Merdeka di Carcosa Seri Negara di sini pada 31 Ogos lalu untuk menarik minat orang ramai terhadap sejarah negara dalam mencapai kemerdekaan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Carcosa Seri Negara dipilih sebagai lokasi pameran sejurus bangunan itu diserahkan kepada AHM selepas terbiar selama lapan tahun.

"Saya berbincang bersama Ketua Pengarah Tanah dan Galian supaya bangunan ini diserahkan kepada AHM untuk digunakan sebagai muzium.

"Hari ini, saya berpuas hati dan kagum dengan hasil pembaikan oleh AHM dan pameran yang memaparkan sejarah kemerdekaan negara.

"Saya yakin jika perkara ini (pameran) didedahkan kepada umum, ia menjadi tarikan orang ramai termasuk pelancong," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkenan melancarkan Pameran Jalan Merdeka, Khamis lalu.

Baginda turut menandatangani sebuah plak dokumen sebagai simbolik di bilik lokasi Perjanjian Merdeka ditandatangani beberapa minggu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Berita Harian X