Khamis, 14 September 2017 | 12:49pm
JAMIL Khir menerima cenderahati daripada Naib Canselor UMS, Prof Dr D Kamarudin D Mudin (kiri) selepas merasmikan Majlis Dialog Antara Penganut Agama di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu. - Foto Malai Rosmah Tuah

MAIWP bantu urus pengebumian

KOTA KINABALU: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membantu menguruskan jenazah dan menyediakan dana untuk pengurusan pengebumian semua mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata beliau sudah menghubungi MAIWP bagi tujuan itu dan pada masa sama berharap ahli keluarga mangsa dapat bersabar.

Beliau berkata, kerajaan akan meneliti secara terperinci kes kebakaran itu hingga mengorbankan 22 pelajar tahfiz dan dua guru.

"Apa yang berlaku di luar pengurusan manusia, namun kerajaan akan melihat secara keseluruhan berhubung tragedi itu untuk diperbetulkan, terutama berkaitan aspek keselamatan.

"Saya berasa dukacita dengan kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga pelajar serta warden yang terbabit," katanya selepas merasmikan Dialog Antara Penganut Agama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.

1793 dibaca
Berita Harian X