Jumaat, 15 September 2017 | 12:39am

Najib bertemu Theresa May

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain Theresa May di 10 Downing Street di sini, hari ini.

Najib tiba di kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri Britain itu, pada 5.05 petang waktu tempatan.

Ketibaan Najib disambut mesra oleh May dengan kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan.

Ini disusuli dengan sesi memperkenalkan anggota delegasi di hadapan Front Hall di alamat London yang terkenal itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertemuan dengan rakan sejawatnya Theresa May ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri United Kingdom itu di '10 Downing Street' pada Khamis. - Foto BERNAMA

Najib diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ini adalah pertemuan pertama kedua-dua pemimpin dan perbincangan mencakupi hubungan dua hala, isu keselamatan dan perdagangan antara Malaysia dan Britain.

Najib dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas lawatan rasmi ke Amerika Syarikat atas undangan Presiden Donald Trump.

1760 dibaca
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain Theresa May di 10 Downing Street, London - Foto AFP
Berita Harian X