Selasa, 19 September 2017 | 8:35pm
SEBANYAK 33 lukisan yang menjadi koleksi peribadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, akan dipamerkan di Galeri Prima Balai Berita Bangsar di Kuala Lumpur, kepada umum bermula 25 September ini hingga 20 Oktober depan. - Foto Saddam Yusoff

Pameran lukisan koleksi Sultan Selangor di Galeri Prima

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 lukisan yang menjadi koleksi peribadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, akan dipamerkan di Galeri Prima Balai Berita Bangsar di sini, kepada umum bermula 25 September ini hingga 20 Oktober depan.

Pameran berkenaan dijadual dirasmikan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 30 September ini sempena pelancaran rasmi Galeri Prima.

Pengurus Galeri Prima, Azlin Aziz, berkata pameran bertema 'Terrains of the heart', amat istimewa kerana buat pertama kali Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan koleksi lukisan baginda dipamerkan kepada umum.

"Lukisan yang akan dipamerkan adalah hasil karya 14 pelukis tersohor negara termasuk Datuk Ibrahim Hussein dan Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat," katanya.

Galeri Prima akan dibuka antara jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari sempena pameran itu bagi memberi peluang orang ramai melihat koleksi lukisan berkenaan.

Berita Harian X