Jumaat, 22 September 2017 | 12:05pm
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1439 Hijrah kepada Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M Peringkat Negeri Perak di Dewan Shariff, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut. - Foto Muhaizan Yahya

Maal Hijrah 1439H: Harussani, Abdul Aziz terima anugerah di Perak

LUMUT: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerima anugerah Tokoh Ar-Ridzuan, manakala bekas Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Aziz Mohd Yusuf dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak sempena Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017 peringkat negeri ini, hari ini.

Pemilihan Harussani, 78, dan Abdul Aziz, 72, berikutan sumbangan besar mereka kepada pembangunan dan perundangan Islam di Perak.

Kedua-dua tokoh, masing-masing menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, sijil, plak dan hadiah iringan.

Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta menerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Chabang Lima, Tanjung Malim menerima Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik, manakala Anugerah Pengurusan Hamam Terbaik kepada Masjid Al-Adli, Lumut.

Masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan sijil serta plak.

Semua penerima menerima anugerah yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Berita Harian X