Rabu, 27 September 2017 | 8:07pm
GABUNGAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim Malaysia mengagihkan 1,500 pek makanan kepada pelarian Rohingya di Balukhali. - Foto Syed Azwan Ali

NGO India Muslim agih pek makanan

COX'S BAZAR: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim Malaysia mengagihkan 1,500 pek makanan kepada pelarian Rohingya di Balukhali, yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari sempadan Bangladesh-Myanmar.

Balukhali adalah kem pelarian tidak rasmi bersebelahan Kutupalong, kem pelarian yang menempatkan lebih 240,000 pelarian Rohingya.

GABUNGAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim Malaysia mengagihkan 1,500 pek makanan kepada pelarian Rohingya di Balukhali. - Foto Syed Azwan Ali

Ia aalah sebahagian daripada Misi kemanusiaan Rohingya yang terajui Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) membabitkan empat NGO India Muslim Malaysia, parti politik KIMMA dan syarikat Malik Streams Corporation.

NGO India Muslim terbabit ialah Komuniti India Muslim Malaysia (IMCOM), Gabungan Persatuan Malabari Malaysia (GPMM), Inspirasi Muhibah India Muslim (IMIM) dan Persatuan Perintis Malabari Malaysia (PPMM).

Misi kemanusiaan itu turut membina enam surau di kem Balukhali, Kutupalong dan Tangkhali.

Berita Harian X