Khamis, 28 September 2017 | 11:52am
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di https://bppt.bankrakyat.com.my/

201,077 mahasiswa belum tuntut KADS1M Debit-i

 

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menggesa 201,077 mahasiswa untuk mengambil Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) Debit-i masing-masing sebelum tarikh tutup pada 30 September ini.

Bank Rakyat, dalam satu kenyataan, memaklumkan mahasiswa yang belum mengambil kad diskaun itu boleh berbuat demikian dengan mengunjungi cawangan terpilih dan membawa kad pengenalan serta kad pelajar.

"Bagi memudahkan urusan pengambilan KADS1M Debit-i, Bank Rakyat telah melanjutkan operasinya sehingga jam 8.30 malam pada Isnin hingga Jumaat di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu.

"Bagi Kelantan dan Terengganu, pelajar boleh berurusan pada hari Ahad hingga Khamis sehingga jam 8.30 malam.

"Mahasiswa boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman sesawang korporat Bank Rakyat di https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/," menurut kenyataan itu.

Sehingga 20 Sptember lalu, sebanyak 710,830 KADS1M Debit-i telah dituntut daripada Bank Rakyat oleh mahasiswa yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).

Berita Harian X