X
Isnin, 9 Oktober 2017 | 12:41pm
PEMANGKU Raja Kelantan yang juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah bagi Sains Kelestarian kepada Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah (isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang terbabit di Istiadat Konvokesyen UMK Kali Ke-7 di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

Tun Jeanne terima Ijazah Kehormat UMK

KOTA BHARU: Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) bagi Sains Kelestarian dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang itu.

Ijazah kehormat berkenaan dikurniakan oleh Pemangku Raja Kelantan yang juga Canselor UMK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dalam Isitiadat Konvokesyen UMK Ke-7 di kampus Kota UMK di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Dalam majlis sama, Profesor Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Razak School, Prof Emeritus Datuk Dr Zainai Mohamed tutut dianugerahkan gelaran Prof Emeritus.

Seramai 2,467 graduan UMK bakal menerima ijazah PhD, Sarjana dan Sarjana Muda pada Majlis Istiadat Konvokesyen itu.

Majlis berkenaan yang diadakan selama empat hari sehingga Khamis ini, buat pertama kalinya diadakan di kampus UMK sendiri di Pengkalan Chepa.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X