Ahad, 15 Oktober 2017 | 5:43pm
Dr Ahmad ( baju hitam, bertopi ) menyelaras klinik statik kendalian NGO Lubnan merawat pelarian Rohingya di kem Ghundum, Cox Bazar. - Foto Mohd Anwar Patho Rohman

Kelahiran 70,000 bayi cetus isu di kem Rohingya

BAZAR: Kadar populasi kem pelarian Rohingya di Kutupalong di sini dijangka meningkat secara drastik, selepas lebih 70,000 kelahiran bayi dijangkakan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ia susulan lebih 70,000 pelarian yang melarikan diri daripada operasi tentera Myanmar menghalau etnik beragama Islam itu dari wilayah Rakhine sejak Ogos lalu adalah wanita hamil.

Gelombang kelahiran bayi ini mencetuskan kebimbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kerana ia dilihat bakal meningkatkan isu penyakit baharu di kem pelarian yang menempatkan lebih 500,000 etnik Rohingya.

Bendahari Kehormat Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Dr Ahmad Yusuf Yahaya, berkata NGO perubatan yang berkampung di kem berkenaan menganggarkan penyakit bawaan dan kekurangan zat akan bertambah di situ.

"Apa yang membimbangkan kami ialah kebanjiran bayi baharu di kem pelarian dalam beberapa minggu akan datang akan meningkatkan isu kesihatan seperti kurang zat dan penyakit akut kepada bayi serta ibu.

Ibu tunggal dua anak, Nur Begum, 22, kehilangan suaminya beberapa hari lalu selepas dibunuh oleh tentera Myanmar ketika di Rakhine dan kini berlindung di kem pelarian Kutupolong di Ukhiya, Bangladesh.
- Foto BERNAMA

"Memang ada pusat perubatan disediakan kerajaan Bangladesh di sini untuk merawat mereka tetapi ia tidak mampu menampung kapasiti yang ramai," katanya kepada media Malaysia di Kem Ghundum, terletak kira-kira satu kilometer dari kem Kutupalong.

Media dari Malaysia berada di Cox Bazar bagi membuat liputan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke kem pelarian di Kutu Palong esok.

Dr Ahmad yang juga pensyarah kolej swasta, berada di kem berkenaan bersama NGO dari Lubnan selama sebulan sebagai penyelaras klinik sementara yang menawarkan rawatan kesihatan dan perubatan.

Katanya, NGO yang beroperasi di kem berkenaan akan memantau perkembangan isu berkenaan walaupun menyedari kekangan yang dihadapi mereka.

PELARIAN Rohingya. - Foto REUTERS

Berita Harian X