Isnin, 16 Oktober 2017 | 7:51pm
Akauntan Negara yang baharu, Saat Esa.

Saat Esa dilantik Akauntan Negara

KUALA LUMPUR: Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Saat Esa, dilantik sebagai Akauntan Negara berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Che Pee Samsudin yang bersara wajib.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Saat adalah berdasarkan ciri kepemimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi dimiliki beliau.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Saat sudah berkhidmat lebih 34 tahun dalam perkhidmatan awam sejak 16 Jun 1983.


Ketua setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa menyampaikan cenderata hati bagi pihak Puspanita di Maktap Perguruan Sultan Ibrahim Johor Baharu.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Bendahari Negeri di Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor; dipinjamkan sebagai Ketua Audit Tingkatan Kanan, Lembaga Pelabuhan Bintulu, selain berkhidmat sebagai akauntan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Selain itu, Ali bagi pihak kerajaan turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Che Pee, atas sumbangan dan khidmat bakti beliau selama lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

Berita Harian X