X
Selasa, 17 Oktober 2017 | 10:23pm

Perjalanan terakhir Shyzlin

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas mangsa sindiket dadah antarabangsa, Allahyarham Shyzlin Hathaman, yang meninggal dunia di Lima, Peru pada 7 Oktober lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, sebentar tadi.

Jenazah tiba dari Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, di sini, pada jam 9 malam tadi selepas disolatkan.

Pengebumian selesai kira-kira jam 9.30 malam tadi, yang turut dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Terdahulu, solat jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Tun Hussein Onn, Muhammad Zubair Zulkifli.

Ibu saudara kepada Syzlin, Robiah Abdullah, 69 dan juga kakak kandungnya, Rushidah Hattaman, 57, dari Singapura juga hadir menyambut ketibaan jenazah di masjid, sebentar tadi. 

Jenazah Allahyarham Shyzlin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2.30 petang tadi menerusi penerbangan KL809 sebelum menjalani proses dokumentasi selama dua jam di KLIA.

Sementara itu, Rushidah yang ditemui berkata, beliau mengetahui mengenai kematian adik bongsunya yang tidak ditemui sejak 17 tahun lalu menerusi laporan berita TV Malaysia yang disiarkan di Singapura.

"Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Syzlin menerusi YouTube dan laporan BH. Hari ini, saya ke sini bagi menatap wajahnya buat kali terakhir," katanya.

JENAZAH Shyzlin dibawa keluar dari Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto Mohd Fadli Hamzah
JENAZAH Shyzlin dibawa keluar dari Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto Mohd Fadli Hamzah
AHLI keluarga menaburkan bunga di pusara Allahyarhamah Shyzlin di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
AHLI keluarga menaburkan bunga di pusara Allahyarhamah Shyzlin di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
JENAZAH Allahyarham Shyzlin disembahyangkan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
JENAZAH Allahyarham Shyzlin disembahyangkan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
AHLI keluarga mengaminkan doa selepas pengebumian Allahyarhamah Shyzlin di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
AHLI keluarga mengaminkan doa selepas pengebumian Allahyarhamah Shyzlin di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
ANTARA laporan BH mengenai Allahyarham Shyzlin di Lima, Peru.
ANTARA laporan BH mengenai Allahyarham Shyzlin di Lima, Peru.
Berita Harian X