Jumaat, 27 Oktober 2017 | 9:02pm
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.- Foto Yazit Razali

Bajet 2018 bukti komitmen tingkatkan mutu pendidikan

KUALA LUMPUR: Fokus yang diberi terhadap projek pembangunan sekolah daif di seluruh negara menerusi Bajet 2018, bukti komitmen dan fokus berterusan kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara setaraf negara maju.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia menunjukkan satu tindakan komprehensif dari kerajaan dalam memastikan semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan kemampuan menerima pendidikan berkualiti.

"Bajet 2018 boleh ditafsirkan sebagai bajet komprehensif kepada pendidikan terutamanya kepada projek pembangunan sekolah-sekolah daif di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya ditemui di lobi Parlimen, di sini.

Beliau menjelaskan, pengumuman Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najih Razak, yang turut menyentuh kelangsungan kelas abad ke-21 atau 'smart classroom' di 1,000 sekolah adalah satu inisiatif baharu.

"Pengumuman ini (1,000 smart classroom) sudah pasti akan menggembirakan ramai pihak terutama pelajar itu sendiri," katanya.

1021 dibaca
Berita Harian X