Jumaat, 27 Oktober 2017 | 10:35pm
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - Foto Danial Saad

Sudah lama ditunggu - Guan Eng

KUALA LUMPUR: Pengumuman Datuk Seri Najib Razak untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi Bajet 2018 disambut baik pentadbiran negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pihaknya melihat projek itu sebagai pembangunan yang baik untuk negeri.

"Projek naik taraf itu sudah lama ditunggu dan saya dimaklumkan kerajaan bercadang meningkatkan kapasitinya kepada sembilan juta.

"Bagaimanapun, angka itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun dan perlu dinaik taraf semula. Lebih baik naikkan kepada 12 juta," katanya.

Mengulas Bajet 2018, Guan Eng mengakui banyak insentif diberi kepada pelbagai kumpulan tetapi tiada pengumuman untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Pakatan pembangkang melihat Bajet 2018 sebagai bajet pilihan raya kerana masih ada isu rakyat tidak ditangani sepenuhnya," katanya,

Guan Eng turut mempersoalkan tindakan kerajaan tidak memansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang memandangkan ia antara yang terawal.

1681 dibaca
Berita Harian X