Isnin, 6 November 2017 | 10:09am
SEBAHAGIAN daripada 343 pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hadir di perhimpunan sebelum memasuki dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. - Foto L.Manimaran
SEBAHAGIAN daripada 343 pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hadir di perhimpunan sebelum memasuki dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. - Foto L.Manimaran
DATUK Mat Lazim Idris bersalaman dengan pelajar yang akan menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. Foto L.Manimaran
DATUK Mat Lazim Idris bersalaman dengan pelajar yang akan menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. Foto L.Manimaran

39,195 calon SPM di Perak

IPOH: Seramai 39,195 calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 332 pusat peperiksaan di negeri ini bermula hari ini hingga 4 Disember.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Mat Lazim Idris berkata, seramai 33,832 calon kategori sekolah kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) manakala 2,169 calon persendirian.

Katanya, seramai 1,514 calon kategori Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah swasta (689), Sekolah Menengah Agama Rakyat (599) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (392).

"Seramai 110 calon mendaftar sebagai calon berkeperluan khas manakala seramai 15 calon terpaksa menduduki peperiksaan di beberapa hospital di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri, Adnan Rejab; Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Hasni Hashim dan Pengetua SMK Tasek Damai, Normarina Mustappa.

Mat Lazim berkata, seramai 2,707 petugas terdiri penyelia kawasan dan Ketua Pengawas ditugaskan bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar.

Berita Harian X