Rabu, 8 November 2017 | 1:51pm

Ribut petir, hujan di Pulau Pinang, Perak

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata daerah-daerah terbabit ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak. - BERNAMA

2752 dibaca
Berita Harian X