Khamis, 23 November 2017 | 1:26pm
KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin pada sidang media Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin pada sidang media Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) di Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Bukan hanya akademik ukuran ke SBP

PUTRAJAYA: Pemilihan calon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dibuat berdasarkan pelbagai aspek, bukan hanya tertumpu kepada pencapaian akademik.

Antara perkara diambil kira termasuk tahap pengetahuan am; kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan intelektual (IQ), aspek kerohanian serta kemahiran sosial.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata calon juga dipilih berdasarkan komponen latar belakang sosial dan akademik, lokasi tempat tinggal sama ada di bandar dan luar bandar serta tahap kepimpinan pelajar.

"Kemasukan dan pemilihan pelajar ke SBP sangat berbeza. Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan mengambil kira banyak komponen dan kesesuaian pelajar untuk masuk ke SBP.

"Semua pelajar Tahun Enam boleh mengambil ujian ini. Kemungkinan ada pelajar yang hanya mendapat 2A dan 3B (dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)), tetapi mempunyai kesesuaian untuk masuk ke SBP, maka mungkin calon itu dapat diterima masuk.

"Kemungkinan ada juga pelajar yang mendapat 6A tetapi tidak sesuai masuk ke SBP berdasarkan latar belakang sosial, maka dia mungkin tidak dapat masuk," katanya pada sidang media Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) di sini, hari ini.

Amin berkata, permohonan untuk menduduki UKSBP dibuka pada 16 Oktober hingga 19 November lalu dan lebih 60,000 pelajar memohon untuk menduduki peperiksaan berkenaan yang akan diadakan pada 11 hingga 15 Disember ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X