Isnin, 27 November 2017 | 1:30am
JALAN masuk Kampung Darang Buaya di Kampung Batu Hitam sudah mula dinaiki air berikutan hujan tanpa henti sejak Jumaat lalu. - Foto Ihsan Pembaca

2 lagi pusat pemindahan dibuka

KOTA BHARU: Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan sembilan PPS di lima daerah setakat jam 12 tengah malam ini.

Hingga kini, mangsa banjir terus meningkat kepada 508 mangsa daripada 140 keluarga.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, dua PPS iaitu Balai Raya Kampung Padang Kijang di Tanah Merah dan SJK (C) Pei Hwa, Machang dibuka malam ini berikutan kediaman penduduk dinaiki air.

Pasir Puteh mencatat bilangan mangsa paling tinggi iaitu 216 penduduk daripada 70 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Kota Bharu mencatatkan seramai 170 mangsa daripada 37 keluarga di dua pusat pemindahan.

Berdasarkan keadaan hujan yang masih lebat hingga malam ini, mangsa banjir di Kelantan dijangka semakin bertambah dari semasa ke semasa.

435 dibaca
Berita Harian X