Rabu, 29 November 2017 | 11:06am
SEORANG penduduk Jertih melihat paras air Sungai Besut yang terus meningkat kepada paras berjaga-jaga. - Foto BERNAMA

Banjir Terengganu semakin buruk, Besut paling teruk terjejas

KUALA TERENGGANU: Besut mencatatkan peningkatan pemindahan mangsa banjir secara mendadak apabila seramai 842 orang dipindahkan dan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Terengganu berjumlah 2,432 orang.

Berdasarkan laporan terbaharu dikeluarkan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pada jam 9 pagi tadi, sebanyak 23 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Besut membabitkan 250 keluarga.

Peningkatan mendadak itu menjadikan Besut, daerah paling teruk terjejas.

Hulu Terengganu menunjukkan sedikit penurunan daripada jumlah PPS diaktifkan apabila hanya 18 PPS masih dibuka menempatkan seramai 791 mangsa membabitkan 364 keluarga.

Ia diikuti dengan Setiu yang menyaksikan 10 PPS masih diaktifkan untuk menempatkan 378 mangsa, manakala Dungun seramai 165 orang masih mendapatkan perlindungan di empat PPS.

Di daerah Marang enam PPS masih dibuka untuk 71 orang, di Kuala Nerus seramai 126 mangsa masih di dua PPS dan di Kuala Terengganu satu PPS dibuka kepada 59 mangsa.

Berita Harian X