Rabu, 29 November 2017 | 5:30pm
MOHD Fazil Abdul Rahman memindahkan kerbau peliharaannya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat berikutan kandang kerbaunya ditenggelami banjir di Kampung Paloh Nyor. - Foto Ghazali Kori
MOHD Fazil Abdul Rahman memindahkan kerbau peliharaannya untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat berikutan kandang kerbaunya ditenggelami banjir di Kampung Paloh Nyor. - Foto Ghazali Kori

Ternakan 'tinggal' di puncak bukit

KUALA BERANG: "Saya atau ayah menaiki bot untuk memberi makan lembu dan kerbau yang dipindahkan ke puncak bukit.

"Setiap kali banjir, tiga kandang untuk 20 lembu dan empat kerbau kami mesti tenggelam, jadi kami pindahkan ternakan."

Mohd Fazil Abdul Rahman, 27, dari Kampung Paloh Nyor bersama bapanya, Abdul Rahman Abdullah, 62, memindahkan lembu ke kandang yang dibina di atas bukit dengan kos RM8,000 setiap kali musim tengkujuh melanda.

Mohd Fazil berkata, mereka turut mengalihkan mesin dan membina tempat berteduh di belakang rumah menggunakan kanvas bagi empat lagi lembu peliharaan.

"Setiap tahun rumah kami dinaiki air sedalam satu meter manakala tiga kandang di belakang rumah tenggelam dua meter.

"Kalau tidak dialih ternakan ini cepat, kami akan kerugian lebih RM50,000," katanya yang memindahkan ternakan selama seminggu setiap kali banjir melanda.

Mohd Fazil berkata, mereka membuat persediaan awal kerana banjir melanda empat kali setiap tahun, selain membeli 500 kilogram makanan ternakan untuk simpanan setiap kali musim tengkujuh.

"Oleh kerana bimbang diganggu haiwan buas di atas bukit terletak 500 meter dari rumah, kami bersampan ke sana setiap hari untuk memeriksa keadaan lembu dan kerbau, katanya menjaga ternakan bersama bapanya sejak berusia tujuh tahun.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X