Sabtu, 2 Disember 2017 | 12:07pm
SEBAHAGIAN mangsa banjir dari Kampung Gelugur Rusila membawa barangan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Marang selepas rumah mereka dinaiki air. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
TIGA agensi penyelamat membawa mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Marang selepas rumah mereka dinaiki air. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Setiu banjir kembali

KUALA TERENGGANU: Setiu yang dilaporkan pulih daripada banjir semalam, kembali dilanda bah apabila dua pusat penempatan sementara dibuka semula, pagi ini.

Semalam, semua mangsa yang dipindahkan sudah dibenarkan pulang, namun pagi ini menyaksikan 65 mangsa terpaksa dipindahkan.

Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 602 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara dengan daerah Marang terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 368 orang.

Berdasarkan laporan terbaru Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, enam daerah terjejas akibat banjir, iaitu Besut, Marang, Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

Empat pusat pemindahan sementara diaktifkan di Marang bagi menempatkan 108 keluarga.

Difahamkan, hujan secara berterusan di daerah itu menjadi faktor utama peningkatan jumlah mangsa di daerah itu dipindahkan sejak malam tadi.

Di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, empat pusat sama dibuka bagi menempatkan 101 mangsa daripada 30 keluarga.

Besut dan Dungun juga masih mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara membabitkan 68 mangsa, kekal seperti semalam.

360 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »