Rabu, 6 Disember 2017 | 6:38pm
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyusun barangan keperluan asas di dalam 'Survival Kit' ketika Majlis Pelancaran 'Survival Kit' Prihatin @KKLW di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). - Foto BERNAMA
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyusun barangan keperluan asas di dalam 'Survival Kit' ketika Majlis Pelancaran 'Survival Kit' Prihatin @KKLW di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). - Foto BERNAMA

Survival kit untuk gelombang kedua banjir 

KUALA LUMPUR : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan lebih 4,000 beg 'survival kit' sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengagihan itu akan diberikan kepada mangsa di pusat pemindahan di kawasan terbabit.

"Kita bimbang dengan gelombang kedua banjir, justeru, buat persediaan awal. Banjir gelombang kedua dijangka berlaku selama tiga hari bermula Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Survival Kit [email protected] di UniKL di sini, hari ini. 

Kit berkenaan dilengkapi 16 keperluan asas termasuk beg sandang, berus gigi dan minuman yang akan diserahkan oleh sukarelawan yang dipanggil Sukarelawan Prihatin @KKLW.

"Hingga kini kita memiliki 4,416 sukarelawan terdiri daripada warga kementerian dan agensi berkaitan termasuk pelajar GiatMara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Pada 14 November lalu, seramai 1,650 sukarelawan terbabit dengan gotong-royong di Pulau Pinang," katanya.

Pecahan sukarelawan negeri seramai 1,184 orang di Kelantan, Terengganu (712), Pahang (498), Pulau Pinang (1,650) dan lain-lain 372.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan 10 November lalu menyatakan negara akan mengalami Monsun Timur Laut mulai 13 November hingga Mac 2018 yang biasanya akan menyebabkan bencana banjir terutama kawasan rendah.

Berita Harian X