Khamis, 21 Disember 2017 | 3:09pm
KETUA Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris (dua dari kiri) dan Penasihat Keselamatan Carcosa Seri Negara, Datuk Shahbudin Abdul Wahab (kiri) bersama pegawai-pegawai Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional melawat Pameran Jalan Merdeka di Carcosa Seri Negara. - Foto Rosela Ismail

Pameran Jalan Merdeka dilanjut sehingga Mac 2018

KUALA LUMPUR: Pameran Jalan Merdeka di Carcosa Seri Negara yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini, dilanjutkan buat kali kedua sehingga 31 Mac depan susulan sambutan menggalakkan orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Asian Heritage Museum (AHM), K K Tan, berkata pameran bermula 1 September lalu itu pada awalnya dijadualkan selama sebulan sahaja.

"Namun, disebabkan permintaan ramai, ia dilanjutkan buat kali pertama sehingga 31 Disember ini. Kini sekali lagi tempohnya disambung sehingga 31 Mac depan.

"Sehingga kini, lebih 10,000 pengunjung sudah mengunjungi pameran ini yang menghimpunkan lebih 500 gambar sejarah negara berkaitan kemerdekaan.

"Ia termasuk artifak dan bendera asal Malaysia yang digunakan ketika pengisytiharan kemerdekaan kita pada 31 Ogos 1957," katanya.

KETUA Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris (kanan) dan Penasihat Keselamatan Carcosa Seri Negara, Datuk Shahbudin Abdul Wahab (kiri) bersama pegawai-pegawai Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional melawat Pameran Jalan Merdeka di Carcosa Seri Negara. - Foto Rosela Ismail

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika kunjungan pengurusan kanan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Baharin Idris ke pameran itu, hari ini.

Sementara itu, Baharin berkata, pameran berkenaan sangat bertepatan dengan objektif JPNIN untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab JPNIN untuk menanam semangat cintakan negara dengan menyerapkan elemen patriotisme dalam kalangan rakyat.

"Semangat persaudaraan juga harus di pupuk dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara ini.

"Berbeza dengan pameran lain, Jalan Merdeka menyajikan gambar yang banyak dan ada nilai sejarah tinggi.

"Ia membawa pengunjung kembali ke zaman negara sebelum dan ketika mencapai kemerdekaan," katanya.

Berita Harian X