Isnin, 25 Disember 2017 | 4:14pm
Ibu aktres Vanidah Imran, Allahyarhamah Shariffah Bee Abdul Majid.

Ibu Vanidah Imran meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Aktres Vanidah Imran kehilangan insan tersayang apabila ibunya, Shariffah Bee Abdul Majid, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada jam 5.40 petang semalam.

Berita sedih itu dikongsi Vanidah pada laman Facebook miliknya.

Mengikut maklumat yang diperoleh, jenazah Allahyarham dimandikan di hospital sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Taman Maluri di sini, jam 10 malam tadi.

Pagi tadi, jenazah disembahyangkan di Masjid As Shafie Taman Maluri Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang.

Allahyarham meninggalkan suami, empat anak dan tujuh cucu.

Berita Harian X