Khamis, 4 Januari 2018 | 10:56pm
CEMAS...Seorang warga Kuantan terjun dari keretanya sebaik kenderaan itu dihanyutkan arus deras selepas tersangkut dalam banjir di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berdekatan Kampung Bukit Kuin, hari ini. Beliau dari arah Kuantan menuju ke Sungai lembing mengambil risiko untuk melintasi jalan berkenaan walaupun sudah terpapar papan tanda yang menunjukkan kenderaan tidak boleh melalui kawasan itu. Bagaimanapun sampai di separuh jalan beliau berpatah balik sebelum kenderaan tersadai di situ. - Foto BERNAMA

Bilangan mangsa banjir meningkat hampir 12,000

KUALA LUMPUR: Seramai 11,991 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga 8 malam tadi.

Menurut kenyataan NADMA, semua negeri terbabit mencatatkan peningkatan jumlah mangsa sejak tiga hari lalu.

"Terdapat 3,285 keluarga terjejas dan kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, NDCC memaklumkan amaran cuaca buruk dan amaran cuaca waspada telah ditamatkan di keempat-empat negeri terbabit. - BERNAMA

Berita Harian X