Ahad, 14 Januari 2018 | 1:09pm
TUANKU Muhriz berkenan mencemar duli memeriksa Perbarisan Istiadat Kawalan Kehormat Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke- 70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Hazreen Mohamad
TUANKU Muhriz berkenan mencemar duli memeriksa Perbarisan Istiadat Kawalan Kehormat Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke- 70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Hazreen Mohamad
TUANKU Muhriz memberi tabik hormat ketika Perbarisan Istiadat Kawalan Kehormat Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini.- Foto BERNAMA
TUANKU Muhriz memberi tabik hormat ketika Perbarisan Istiadat Kawalan Kehormat Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini.- Foto BERNAMA
TUANKU Muhriz berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan yang amat cemerlang (S.S.N.S) membawa gelaran Datuk Seri kepada Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaludin Said sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

TUANKU Muhriz berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan yang amat cemerlang (S.S.N.S) membawa gelaran Datuk Seri kepada aktivis keamanan dunia, Datuk Dr Ronald Stephen Mccoy sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

Hormat amalan budaya, agama lain

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini bertitah meminta rakyat menghormati amalan agama serta budaya semua kaum.

Baginda bertitah, amalan saling menghormati agama dan budaya yang berbeza dalam masyarakat berbilang kaum penting untuk memastikan kedamaian serta keharmonian yang dinikmati sejak sekian lama, terus kekal.

"Golongan muda yang ada pada hari ini perlu dididik dengan pengetahuan moral yang baik supaya mereka sentiasa dipupuk untuk hormat-menghormati dan hidup bersatu padu.

"Pentadbiran yang baik perlu ada untuk memastikan kedamaian dan keharmonian. Beta percaya prinsip amalan tadbir urus yang baik, berintegriti, amanah, jujur dan ikhlas ada pada ajaran setiap agama serta budaya semua kaum.

"Nilai ini menjadi asas kepada Rukun Negara yang sepatutnya menjadi pegangan setiap rakyat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-70 baginda di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.

Tuanku Muhriz turut bertitah, pemegang tampuk kuasa perlu berpegang teguh kepada Rukun Negara terutamanya prinsip Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.

"Ia hendaklah diterjemah dengan tindakan yang jujur dan ikhlas dalam mempertahan, melindungi dan memastikan kebebasan institusi perundangan, kehakiman, penguatkuasaan dan suruhanjaya.

"Tindakan ini perlu supaya institusi yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan bebas daripada campur tangan yang pasti memudaratkan. Ini termasuk pengendalian Pilihan Raya Umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi," titah baginda.

Sempena hari keputeraan baginda, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, mendahului senarai 693 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dengan dianugerahkan Darjah Kerabat Negeri Sembilan.

Pada istiadat hari ini, anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al-'Abidin, dianugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang yang membawa gelaran Datuk Seri.

TUANKU Muhriz berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz yang amat terbilang (S.S.T.M) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Tunku Zain Al-'Abidin sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 di Padang Besar, Istana Besar Seri Menanti hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

Selain itu, dua orang menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang, Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (tujuh), Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (satu), Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (25).

Darjah Setia Negeri Sembilan (31), Darjah Tuanku Muhriz (dua), Darjah Pekerti Terpilih (18), Ahli Setia Negeri Sembilan (109), Setiawan Tuanku Muhriz (satu), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (173), Pingat Jasa Kebaktian (291), Pingat Khidmat Lama (16) dan Bentara Tuanku Muhriz (15).

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X