Ahad, 21 Januari 2018 | 9:23am
SERAMAI 348 penduduk di tiga kampung di Simpang Renggam, dekat Kluang, terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air banjir berikutan hujan lebat semalam. - Foto ihsan APM

Banjir: 348 penduduk Simpang Renggam dipindahkan

KLUANG: Hujan lebat lebih dua jam semalam menyebabkan tiga kampung di Simpang Renggam, dekat sini, banjir dan 348 penduduk dipindahkan.

Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air banjir akibat limpahan Sungai Chokro dan Sungai Benut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di setiap kampung berkenaan.

Ia membabitkan PPS Balai Raya Kampung Chokro, Masjid As-Sobirin Kampung Shaari dan Dewan Kampung Kolam Air.

"Sebanyak 348 mangsa daripada 82 keluarga itu membabitkan 179 penduduk (41 keluarga) di Kampung Chokro, 127 orang (32 keluarga) Kampung Shaari dan 42 orang (sembilan keluarga) di Kampung Kolam Air.

"Ketika ini masih hujan renyai-renyai, namun paras air Sungai Chokro didapati sudah surut, manakala paras air di Sungai Benut masih dipantau berikutan sudah melepasi tahap bahaya, " katanya.

Berita Harian X