Sabtu, 27 Januari 2018 | 1:50pm
TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Pingat Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada Fizz Fairuz sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar.- Foto Muhd Asyraf Sawal
FIZZ Fairuz bersama isteri Almy Nadia selepas dikurniakan Pingat Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Istana Abu Bakar.- Foto Muhd Asyraf Sawal

Fizz Fairuz dapat Datuk

KUANTAN: Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih, Fizz Fairuz, dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Pekan, dekat sini, hari ini.

Anak jati Raub yang nama sebenarnya, Mohd Fairus Zainal Abidin, 39, yang juga Pengarah Urusan Rain Maker Creation Sendirian Berhad adalah antara 196 penerima yang menerima darjah kebesaran dan pingat daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mendahului senarai penerima pingat adalah adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Penerima lain adalah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Datuk Wan Abdullah Wan Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Shahruddin Khalid; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa dan Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Hou Kok Chung.

Tiga individu menerima Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yng membawa gelaran Datuk Indera iaitu Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khairul Dzaimee Daud dan Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.

Seramai 11 individu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang ( DSAP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Tengku Abdul Muiz Shah Tengku Temenggong Abdul Aziz, Orang Besar Enam Belas, Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Temenggong Abdul Aziz; Pengarah Urusan Alam Jitu Bina Sdn Bhd, Datuk Ahmad Latifi Abd Malek; Orang Besar Enam Belas, Tengku Datuk Mohd Mustaffa Tengku Datuk Ibrahim.

Turut menerima anugerah, Pengarah Kastam Diraja Malaysia Selangor, Datuk Sarip Ismail; Pengarah Premier Material Supplier, Datuk Quek Ching Hong; Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Suhaime Mahbar; Pengarah Bahagian Transformasi Sektor Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Dr George Patrick @ Marimuthu; Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Ahmad Shublee Othman, Pengarah Urusan CF Uniform Sdn Bhd, Cheng Siew Seng dan Ketua Pegawai Keangan Gastra Sdn Bhd, Phua Tzyh Lih.

Bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk, seramai 66 penerima tersenarai antaranya Timbalan Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan, Datin Sri Nik Hasmah Nik Kadir; Pengarah Syarikat Ilham Raudah Entegreted / SM Golden Datin Siti Hapizah Md Kail; Pengarah Iklim Enterprise, Datin Hasmalaili Zainuddin; Pengarah Pengurusan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Ruslin Jusoh; Panel Penasihat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Ahmad Adli Abdullah.

Ahli Lembaga Pengarah Sukma Sakti Sdn Bhd, Shamsudin Ibrahim; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak, Abd Manan Muda; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang, Saidi Ismail dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Johor, Mohd Rusdi Darus.

Penerima lain adalah Pengarah Vertiplex Sdn Bhd, Kong Woon Fee; Pengarah Serambi Suria Sdn Bhd, N Povanesvaran; Pengarah Kastam Diraja Bahagian GST, Ahmad Maher Abd Jalil; Pengarah Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat Kasta Diraja Malaysia, Nor Haziah Abd Wahab; Akauntan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Pahang, Nor Akillah Osman; Ketua Eksekutif Mega Step International Group Limited, Gary Choy Sheung Ki.

Peguambela dan penguamcara, Mandave Singh Gill; Pengarah Urusan Gaji Angkatan Tentera Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen Abdul Hadi Md Sharif; Panglima 11 Briged, Brig Jen Abdul Kadir Ahmad; Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan.

Enam individu menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 17 penerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP), 11 penerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 16 penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), masing-masing 15 penerima bagi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian.

Berita Harian X