Jumaat, 2 March 2018 | 2:39pm
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Naib Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings, Tan Sri Lim Kang Hoo (enam dari kiri) dan Exco Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong (tujuh dari kanan) menggaul Yee Sang ketika Majlis Chap Goh Meh 2018 anjuran Iskandar Waterfronts di Danga Bay, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abdul Rahim

Sultan Johor hadir sambutan Chap Goh Mei

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini berkenan berangkat menyertai kira-kira 3,000 rakyat negeri ini menyambut perayaan Chap Goh Mei , di Pusat Konvensyen Danga, di sini.

Sambutan dianjurkan oleh Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG) dan dimeriahkan dengan pelbagai acara, antaranya persembahan tarian tradisional masyarakat Cina, persembahan gendang serta nyanyian artis jemputan.

Baginda tiba kira-kira jam 11.15 pagi dan disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWHG, Tan Sri Lim Kang Ho serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Amran A Rahman dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyertai Kang Ho, Siew Kiong serta tetamu kenamaan untuk bersama-sama menggaul Yee Sang sebagai acara simbolik menyambut Tahun Baharu Cina.

Berita Harian X