Selasa, 6 March 2018 | 8:17pm
KETUA Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah (tengah) membentangakan mengenai status terkini perjalanan transformasi pengangkutan awam darat negara SPAD pada tahun 2017 kepada media di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. - Foto Zulfadhli Zulkifli.
KETUA Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah (tengah) membentangakan mengenai status terkini perjalanan transformasi pengangkutan awam darat negara SPAD pada tahun 2017 kepada media di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

Tren terus ke Subang Skypark

KUALA LUMPUR: Sistem perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan terus Stesen KL Sentral dengan Subang Skypark Subang akan siap dibina pada 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azharuddin Mat Sah, berkata ia membabitkan jarak keseluruhan kira-kira 23 kilometer (km) dan memerlukan 28 minit untuk tiba di lapangan terbang itu.

Beliau berkata, selepas ini orang ramai tidak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas kerana perkhidmatan tren itu bakal memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa mereka.

"SPAD bekerjasama dengan KTMB untuk mencapai hasrat itu kerana kita dapati, ramai orang ke lapangan terbang itu

"Tren itu akan bergerak ke Lapangan Terbang Skypark setiap sejam. Ia akan berhenti di Stesen Subang Jaya dan selepas itu menuju ke Skypark.

"Selepas itu, ia, akan berhenti berdekatan Skypark. Jadi, pengguna perlu berjalan sekitar lima minit ke lapangan terbang," katanya pada sidang media sesi pembentangan Laporan Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, hari ini.

Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang adalah satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel kepada pengguna Lapangan Terbang Skypark khususnya serta kepada penduduk kawasan sekitar amnya.

Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik akan mengguna pakai sistem sedia ada di Lembah Klang yang menyediakan perkhidmatan kereta api KTM Komuter.

Landasan berkembar itu bermula dari Kilometer 17.37 di Seksyen Subang Jaya - Batu Tiga sepanjang 8.157 kilometer dan berakhir di Stesen Terminal Skypark.

Berita Harian X