Jumaat, 9 March 2018 | 4:12pm

Jenazah Sanusi selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini sebentar tadi.

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 3 petang tadi dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta rakan Allahyarham.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara selepas solat Jumaat, yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sanusi meninggal dunia pagi tadi pada usia 75 tahun ketika menunggu untuk menunaikan solat Subuh di rumahnya di Pantai Dalam di sini.

AMANDA Sanusi (kanan) menahan sebak pada pengebumian bapanya, Sanusi Junid di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini. - Foto BERNAMA
JENAZAH Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid ketika tiba Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara. - Foto Syarafiq Abd Samad
Berita Harian X