Ahad, 18 March 2018 | 11:28pm

GPMS bidas Guan Eng

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - Foto Mikail Ong
KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - Foto Mikail Ong

GEORGETOWN: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba menghasut dan menyemai agenda politik kebencian kepada pelajar.

Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa, berkata pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan daripada masyarakat berhubung kebiadapan Guan Eng yang cuba menghasut pelajar pada pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang, baru-baru ini.

"GPMS sudah meneliti bukti yang disertakan dalam aduan yang diberikan dan secara jelas menunjukkan Guan Eng memperalatkan pelajar dengan memburuk dan menimbulkan kebencian terhadap polisi kerajaan Persekutuan.

"GPMS melihat Guan Eng sangat terdesak apabila sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau semakin merosot kerana beliau terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan dan rasuah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

PRESIDEN Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa. - Foto Hafiz Sohaimi
PRESIDEN Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa. - Foto Hafiz Sohaimi

Beliau berkata demikian mengulas satu video yang dimuat naik di Facebook milik Guang Ming Daily yang memperlihatkan Guan Eng mengajar rentak lagu mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang, baru-baru ini.

Video berdurasi 32 saat yang viral sejak semalam itu juga memaparkan seolah-olah GST memberi kesan buruk kepada rakyat.

Antara bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan termasuk, "A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mee, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB)."

Mengulas lanjut, Zambri menyeru rakyat Pulau Pinang menolak program Tuisyen Rakyat yang dianjurkan kerajaan negeri kerana ia jelas dijadikan platform menghasut politik kebencian dan bukannya bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan.

Katanya, GPMS juga akan meminta Kementerian Pendidikan untuk tidak terbabit sama dengan program berkenaan.

Sementara itu, Penang Front Party (PFP) bersama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, bagi mendesak Guan Eng disiasat berhubung tindakannya yang cuba menyemai kebencian pelajar kepada kerajaan.

Pengerusi PFP, Datuk Parrick Ooi, berkata tindakan Guan Eng itu dilihat cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politiknya, selain amat tidak bermoral.

"Apa relevannya beliau mahu babitkan kanak-kanak dalam hal politik? Sebagai seorang Ketua Menteri yang kononnya berintegriti, beliau sepatutnya tahu perbezaan antara pendidikan dan perkara politik," kSementara itu, Penang Front Party (PFP) bersama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, bagi mendesak Guan Eng disiasat berhubung tindakannya yang cuba menyemai kebencian pelajar kepada kerajaan.

Pengerusi PFP, Datuk Parrick Ooi, berkata tindakan Guan Eng itu dilihat cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politiknya, selain amat tidak bermoral.

"Apa relevannya beliau mahu babitkan kanak-kanak dalam hal politik? Sebagai seorang Ketua Menteri yang kononnya berintegriti, beliau sepatutnya tahu perbezaan antara pendidikan dan perkara politik," katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.

Dua NGO yang turut hadir adalah Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia dan Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X