Rabu, 21 March 2018 | 1:37pm
PRESIDEN Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsa Alla Pitchay (dua dari kanan) bersama Setiausaha Agungnya, Zainol Abidin Ahmad (dua dari kiri) dan ahli-ahli menunjukkan laporan polis berhubung Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyanyi lagu cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam majlis pelancaran pusat tuisen di Pulau Pinang yang tular di media sosial baru-baru ini di Balai Polis Sentul. - Foto Saddam Yusof

IRIMM lapor polis video Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politik.

Laporan berkenaan dibuat Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

pADA sidang media selepas membuat laporan, Amir berkata, perbuatan itu dianggap satu perbuatan biadap, tidak matang dan tidak sepatutnya dilakukan seorang yang bergelar Ketua Menteri.

"Kita mengesyaki perbuatannya itu berniat jahat untuk menanam kebencian terhadap kerajaan dalam kalangan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa.

"Jangan babitkan kanak-kanak dalam agenda dan kepentingan politik kerana ia satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Kita mahu Guan Eng memohon maaf atas perbuatannya dan kita gesa polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Guan Eng," katanya.

Minggu lalu, satu video yang memaparkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengajar rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada pelancaran Tuisyen Rakyat Pulau Pinang menjadi viral di laman sosial.

Dalam video berdurasi 32 saat itu, Guan Eng didakwa cuba menyemai kebencian politik dalam kalangan kanak-kanak dengan menari dan mengejek dasar GST dalam rentak lagu A, B, C.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X