Rabu, 21 March 2018 | 4:28pm
KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Georgetown. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

Polis akan rakam percakapan Guan Eng

GEORGETOWN: Polis akan merakam percakapan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam masa terdekat, bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran video yang didakwa menghasut kanak-kanak membenci kerajaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata ketika ini pihaknya hanya menunggu masa sesuai, selain sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Kita sudah selesai merakam percakapan tiga saksi dan sekarang hanya menunggu waktu sesuai untuk merakam percakapan Guan Eng.

"Setakat ini, kita sudah menerima tiga laporan polis berhubung kes berkenaan dan menjangka ia akan bertambah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam video berdurasi 32 saat yang mula tersebar sejak Sabtu lalu itu, Guan Eng dilihat cuba menyemai kebencian politik dalam kalangan kanak-kanak dengan menari dan mengejek dasar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam rentak lagu A, B, C.

Video berkenaan menerima kritikan banyak pihak yang menyelar tindakan Guan Eng yang dianggap sebagai pemimpin tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X