Rabu, 21 March 2018 | 6:02pm
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyampaikan replika cek RM1 juta kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (dua dari kanan) untuk Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) ketika majlis Kembara Bermotosikal 2.0 Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Hari Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018, di dataran kawat PSP Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima hadiah cenderahati daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (dua dari kanan) ketika majlis Kembara Bermotosikal 2.0 Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Hari Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018, di dataran kawat PSP Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Sultan Johor sumbang RM1 juta kepada TAWP

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-211.

Sultan Ibrahim turut berkenan melancarkan pelepasan 50 peserta Kembara Bermotosikal Rayuan TAWP 2.0 di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Turut berkenan berangkat, Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah; Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menyaksikan gimik persembahan Kawalan Rapat Keselamatan Unit Tindak Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada majlis sama, Mohamad Fuzi turut mempersembahkan cenderahati Beret Kehormat UTK PDRM kepada Sultan Ibrahim.

Selain Sultan Ibrahim, kerajaan Johor turut menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada TAWP, selain sumbangan daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta 40 syarikat, persatuan dan pertubuhan seluruh negeri ini.

Mohamad Fuzi berkata, sejak dilancarkan sehingga kini TAWP berjaya mengutip dana sebanyak RM2.5 juta hasil sumbangan individu dan syarikat korporat.

"Saya mewakili PDRM menjunjung kasih setinggi-tinggi di atas sumbangan Sultan Ibrahim kepada TAWP," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Berita Harian X