Sabtu, 7 April 2018 | 12:10pm
SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah. - Foto Luqman Hakim Zubir

188 terima darjah kebesaran serta pingat Pahang

KUANTAN: Seramai 188 individu menerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Mendahului senarai ialah Pengarah Urusan Golden Armani Sdn Bhd, Azlan Azmi yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama tiga individu lain.

Penerima lain SSAP ialah Pengarah Sincerol Sdn Bhd, Lee Chee Jing; Pengarah Eksekutif Ensure Alliance Sdn Bhd, Ong Chee Kean dan Pengerusi Erayear Venture Sdn Bhd, Wong Sze Chien.

Seorang penerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera pula ada seorang penerima iaitu Pengerusi Asia Capital Assets Limited, Datuk Ngu Tieng Ung, manakala mantan Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Kewangan, Datuk K Givananadam menjadi penerima tunggal Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 17 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Kastam Diraja Malaysia Pahang, Hadzri Sabri; Ketua Polis Serdang, Senior Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias; Pengarah Urusan Big Tree Event Supplies, Sunil Sachdev Singh; Penguambela dan penguamcara, Albert Ding Choo Earn; Konsultan EDNUR, Prof Dr Hazadiah Mohd Dahan; Pengarah Maritim Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Pertama Maritim Abu Bakar Idris; Setiausaha Bahagian Prasarana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Firdaus Baharuddin; Pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Mohamad Asri Mat Jusoh dan Pengarah Urusan Pengurusan Dwi Vista Sdn Bhd, Norazmi Merah.

Penerima lain adalah, Pengarah Urusan Vista Spectrum Sdn Bhd, John Au Sing Choy; Pengarah Urusan Menawar Resources Sdn Bhd, Abdul Awahab Khalid; Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Rose Samsul Abd Razak; Pesara polis, Senior Asisten Komisioner (B) Razali Bakar; Pesara Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim (B) Abdul Razak Lebai Omar; Pengarah Eksekutif KPJ Tawakkal,Mohd Farid Salim; Pengarah Raman Enterprise, Raman Wahid dan Pengarah Urusan Aura Aromatic (M) Sdn Bhd, Dina Asmadi Mansor.

Selain itu, seramai lapan individu menerima pingat Setia Ahmad Shah (SAP), 25 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 14 penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 48 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 19 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 23 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 28 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Berita Harian X