Sabtu, 21 April 2018 | 4:00pm
MOHAMAD Hasan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA

'Saya tunggu senarai muktamad'

SEREMBAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, masih menunggu senarai calon yang dimuktamadkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh pucuk kepemimpinan parti.

Katanya, pengumuman akan dilakukan di kediaman rasminya dalam masa terdekat.

"Saya belum dapat senarai nama calon. Kalau dapat nanti, saya akan cari masa sesuai untuk diumumkan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran manifesto BN dan Portal www.bnns2rakyat.com di sini, hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, memberi kuasa kepada Pengerusi BN negeri untuk mengumumkan calon masing-masing.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dilaporkan berkata senarai calon berkenaan akan diumumkan seawal esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Berita Harian X